.:: Insan Julai ::.
Bulan Julai merupakan bulan ke-7 dalam kalendar Masihi. Ahdhar dilahirkan pada jam 12.58 tengahari 9 Julai 1986. Itu yang kulit Ahdhar cerah sedikit. Kuning langsat ataupun sawo matang. Ahdhar bertuah kerana berkongsi tarikh lahir dengan seorang sahabat Ahdhar daripada kelas Matematik. Namanya Mahpuzah. Mahpuzah orang Kelantan, muda dari Ahdhar setahun. Maknanya, Mahpuzah lahir pada 9 Julai 1987. Kawan baik Mahpuzah pula kawan baik Ahdhar. Nama pun sama dengan Ahdhar.
Insan yang dilahirkan pada bulan Julai ini sangat MISTERI terutamanya LELAKI. Jadi, Ahdhar ini MISTERI lah. MISTERI ke??? Berikut adalah perwatakan insan yang dilahirkan pada bulan Julai. Ini adalah hasil kajian Datuk Dr. Fadillah Kamsah, seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia pada masa kini.
.::Insan Julai::.
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tak marah bila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
* Bukan Ahdhar perasan kulit Ahdhar cerah, tapi kawan cakap. Ahdhar rasa biasa sahaja... Jangan lupa 'wish' hari lahir Ahdhar ya...
yang part 'mudah gemuk kalau x kawal diet' boleh diterima ke?
kalau la btoi, kira hg ngan kak jaja pandai jg diet la,hehe