.:: Kucing ::.



Meow... Meow... Meow... Bunyi haiwan yang paling Ahdhar senangi. Kucing merupakan haiwan peliharaan pilihan Ahdhar. Sehingga kini, Ahdhar masih menyimpan cita-cita untuk memelihara kucing walaupun sebenarnya keluarga Ahdhar tidak menyukainya. Sebab itulah... Sebab inilah... Geram tengok kawan Ahdhar, Roslan yang memelihara seekor kucing yang sangat comel di asrama. Nama kucing Sherry. Hahaha, sedapkan nama tu. Seekor kucing betina yang Roslan beli pada umur sebulan, kalau Ahdhar tidak silap. Hari-hari kerja Roslan adalah bermain dengan kucingnya yang comel. Seronoknya kalau dapat bela kucing...

Sebenarnya, masa Ahdhar sekolah rendah dulu, Ahdhar ada membela seekor kucing jantan bernama Bujang. Bujang sangat manja dengan Ahdhar sehingga tidur pun dengan Ahdhar walaupun Ahdhar kerap dimarahi dengan emak Ahdhar kerana Ahdhar menghidap asma yang teruk pada masa itu. Tapi sekarang, bila dah besar panjang, asma dah hilang. Tak tahu ke mana pergi asma Ahdhar. Bujang juga seekor kucing yang aktif dan lincah serta gemar bergurau.  Paling Ahdhar suka adalah semasa memandikan Bujang. Walaupun Bujang seakan-akan marah semasa dimandikan, tetapi Bujang tak pernah menggigit atau mencakar semasa dimandikan. Mungkin Buang tahu, orang yang memandikannya adalah orang yang memberinya makan dan tempat tinggal yang selesa. Sebenarnya, bukan Ahdhar yang memandikan Bujang, tapi moyang Ahdhar. Tapi moyang Ahdhar dah meninggal dunia masa Ahdhar darjah 2 pada tahun 1994.

Satu lagi, Ahdhar suka tidur dengan Bujang sebab Ahdhar suka dengar Bujang berdengkur... Percaya atau tak Bujang berdengkur? Tapi masa banjir tahun 1996, Bujang hilang dan tak balik lagi. Ahdhar rasa sedih sangat. Sejak itu, Ahdhar tak bela kucing lagi dan emak Ahdhar pun tak benarkan Ahdhar bela kucing sebab takut asma akan menjadi lebih teruk.

Kalau Ahdhar tak silap, kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Pernah diceritakan dalam satu riwayat bahawa Rasulullah sanggup menggunting jubah yang dipakainya kerana seekor kucing sedang tidur di atasnya. Begitu kasihnya Nabi ke atas haiwan. Sebenarnya, haiwan berhak disayangi oleh manusia terutamanya kucing. Mengapa Ahdhar mengatakan demikian. Kucing tidak seperti haiwan lain macam gajah, harimau yang habitatnya adalah hutan. Kucing 'ditakdirkan' hidup dan berkembang biak di kawasan manusia. Jadi, adalah tidak patut sekiranya kucing diperakukan dengan kejam seperti dipukul, dibelasah, dilanggar dan sebagainya.

Ahdhar sering kali terserempak kucing yang mati dilanggar di jalan raya. Ahdhar bukannya nak menyalahkan pengguna jalan raya kerana sengaja melanggar kucing tetapi kadang-kadang ada manusia yang sengaja berbuat demikian. Dari jauh sudah melihat ada kucing mahu melintas, tetapi mereka sengaja melajukan kereta mereka dan sekiranya terlanggar sesuatu terutamanya haiwan, mereka akan mengatakan " Sudah ajal ", " Tak perasan " dan macam-macam lagi alasan. Tidakkah mereka mempunyai nilai peri kemanusiaan dalam diri mereka??? Fikirkanlah...

* Ahdhar rasa kelakar dan terkejut kerana kawan Ahdhar, Rustam tidak menyukai kucing. Kucing kan comel. Dia kata kucing merimaskan. Mesti seronok tengok gelagat Rustam apabila kucing dicampak kepadanya. Melompat tak jejak dunia lagi lah dia. Hahaha...    

.:: Politik Kroni ::.


Kroni... Kroni... Kroni... Apa itu kroni? Maksud kroni adalah individu atau syarikat yang memberikan keuntungan atau hasil kapada keluarga dan keputusan yang tidak melalui proses yang telus. Termasuk dalam kategori kroni adalah kawan-kawan rapat, rakan-rakan senegeri... Oleh itu, bagi pendapat saya kroni adalah semangat berpuak-puak atau asabiyah dalam bahasa Arab. Politik kroni berlaku di mana sahaja. Malahan di tempat saya belajar sekarang pun ada politik kroni. Di manakah keadilan yang diperjuangkan??? 

Sebenarnya, isu kroni ini sudah lama wujud. Apabila Islam datang dan ditegakkan oleh Rasulullah,  kroni tidak dapat mengambil tempat kerana Islam tidak mengred umatnya kepada kroni sebaliknya 'penggredan' adalah berdasarkan 'competency' atau kecekapan seseorang itu melunaskan tugas, amanah serta tanggungjawab dengan penuh cekap...

Di tempat saya menuntut sekarang, isu politik kroni ini adalah yang paling mengecewakan. Dari serendah-rendah jawatan sehingga setinggi-tinggi jawatan bagi suatu komuniti pelajar dipilih secara tidak adil.  Sesiapa yang baik dengan AJK tertinggi dan 'senegeri' dengan mereka boleh dikatakan secara automatik akan mendapat apa-apa jawatan dalam komuniti tersebut tanpa melihat kecekapan dan pengalaman orang tersebut melaksanakan tugas... Sekali lagi, adakah ini adil??? Adakah adil suatu komuniti yang dinamakan komuniti pelajar hanya melantik sebilangan pelajar 'tertentu' tanpa mengadakan suatu mesyuarat bersama semua pelajar??? Adakah adil suatu komuniti yang dinamakan komuniti pelajar hanya membuat keputusan sesama AJK tertinggi tanpa memberitahu terlebih dahulu semua pelajar??? Di manakah demokrasi yang mereka perjuangkan selama ini??? Tidak malukah mereka dengan Allah, mulut boleh dikatakan berbuih memperkatakan keadilan tetapi diri sendiri tidak adil???

Jika begini keadaanya, relevenkah suatu komuniti itu dinamakan 'KOMUNITI PELAJAR'??? Yang AJKnya dilantik berdasarkan hubungan baik dengan 'Ahli Majlis Tertinggi' yang merupakan rakan 'senegeri'. Di manakah demokrasi??? Bukankah ini asabiyah seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Arab dari dulu, kini dan mungkin selamanya... Jika mereka tidak berubah. Bukankah Islam itu dibina atas dasar UMMAH bukan atas dasar kenegerian. Tidak salah jika bersemangat kenegerian, tetapi jika mengabaikan keadilan dan meminggirkan hati manusia lain. Adakah ini ADIL??? 

* Bilakah keadilan akan ditegakkan???

Labels: , 2 comments | edit post

.:: Kemaafan Adalah Yang Terbaik ::.



Cikgu Wafiy, guru kelas 1 Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Pulau Melaka menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Dalam permainan itu, setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang mereka paling benci. Mereka diminta membawa pisang tersebut ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa 3 biji, ada juga lima biji dan paling banyak 8 biji. Semuanya sudah tertulis nama orang yang mereka paling benci.

"Sekarang simpan pisang itu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. " kata Cikgu Wafiy. "Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya." beritahu Cikgu Wafiy lagi. Murid-murid tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Murid-murid itu mula merungut dan marah. Mereka tidak lagi menyukai permainan itu kerana selain beg mereka berat, badan mereka juga berbau busuk. Ada yang menangis kerana enggan meneruskan permainan itu

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Cikgu Wafiy sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban yang berat dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Baiklah semua, apa rasanya membawa pisang di dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Wafiy.

Semua murid mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk. Dengan tenang Cikgu Wafiy menjawab,

"Itulah sebenarnya apa yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya selama seminggu, cuba kamu bayangkan apa yang akan terjadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu." beritahu Cikgu Wafiy.

Cikgu Wafiy mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi adalah lebih baik daripada membenci...

* Bolehkah aku memaafkan 'insan itu'? Adakah aku masih menyayangi 'insan itu'? Hati ini semakin hari semakin membengkak...

.:: 7 Adab Bersahabat ::.



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau, terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu, berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlau celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang yang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri, suami atau kaum keluarganya.

4. Perkara seperti gaji, kenaikan pangkat, hutang dan perkara-perkara sensitif usah ditanya kecuali apabila dia memberitahu.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga dan hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Diri kita tidak tentunya baik belaka.

7. Berita baik atau berita sedih sahabat biarlah dia sendiri beritahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahuinya. Ini tanda kita menghormatinya.

Labels: 0 comments | edit post

.:: Orang Tua & Burung ::.


Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua itu membawa masalah tersebut dalam pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk lelaki segera berdiri.

Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita dan lelaki pun berdiri.

Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya."

Sekali lagi dia bertanya.

"Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri… Dan dua orang wanita lain… Maka kali ini muka sang isteri merah padam.

Lelaki itu pun terpaksa melarikan diri… Dia menyesal atas pertanyaannya dalam perhimpunan mingguan tersebut...