

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau, terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu, berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jangan terlau celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang yang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri, suami atau kaum keluarganya.
4. Perkara seperti gaji, kenaikan pangkat, hutang dan perkara-perkara sensitif usah ditanya kecuali apabila dia memberitahu.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga dan hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Diri kita tidak tentunya baik belaka.
7. Berita baik atau berita sedih sahabat biarlah dia sendiri beritahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahuinya. Ini tanda kita menghormatinya.

Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua itu membawa masalah tersebut dalam pertemuan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk lelaki segera berdiri.
Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita dan lelaki pun berdiri.
Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya."
Sekali lagi dia bertanya.
"Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.
"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"
Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri… Dan dua orang wanita lain… Maka kali ini muka sang isteri merah padam.
Lelaki itu pun terpaksa melarikan diri… Dia menyesal atas pertanyaannya dalam perhimpunan mingguan tersebut...

Kisah ini merupakan kisah antara seorang guru dengan murid-muridnya...
Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah di Lenggong, Perak, seorang guru Sains yang begitu dedikasi mengajar murid-muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada manusia. Sebelum memulakan pelajarannya pada hari itu, Cikgu Adi telah mengambil 2 ekor cacing hidup sebagai sampel kehidupan dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi air mineral dan arak.
" Cuba perhatikan murid-murid... lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan akan cikgu masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri cikgu akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."
Semua mata tertumpu kepada pada kedua-dua cacing itu.
Seperti yang dijangka, cacing yang berisi dalam gelas air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada dalam arak menggeletek lalu mati. Cikgu Adi tersenyum lebar apabila melihat murid-muridnya memberi sepenuh perhatian pada uji kaji tersebut.
" Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat simpulkan daripada uji kaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi? "
Dengan penuh yakin dan bersemangat murid-muridnya menjawab,
" UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN, MINUMLAH ARAK "
Cikgu Adi terkedu sebentar apabila mendengar jawapan tersebut. Kemudian kembali mentarbiah murid-muridnya.
* Moral sebenar : Janganlah kita minum arak...


" Are You My Friend? "
By James Brinkworth
Will you be there when I'm down,
And catch me when I fall?
Will you hold me when I need
To feel the warmth of your touch?
Will you laugh when I laugh,
And cry when I cry?
Will you let me rant and rave,
When I need to let off steam?
Will you discuss those painful things,
That you'd rather not think about?
Like the times we've hurt each other,
And promised would never do so again?
Will you say the right thing,
When all I've heard is the wrong?
And tell me soothing words,
That make the pain I feel subside?
Will you understand me when I say,
"I can't see you now, go away"?
Will you come back when I call,
As if nothing happened at all?
If you'll do these things for me,
And keep smiling all the way.
If you'll be with me through the bad times,
As well as the good.
Then truly you are my friend,
My pal, my mate and my confidante.
And that means so much to me.
I thank you dearly, for being there,
You, My Friend.
* Ini adalah salah satu puisi kegemaran Ahdhar...

Bulan Julai merupakan bulan ke-7 dalam kalendar Masihi. Ahdhar dilahirkan pada jam 12.58 tengahari 9 Julai 1986. Itu yang kulit Ahdhar cerah sedikit. Kuning langsat ataupun sawo matang. Ahdhar bertuah kerana berkongsi tarikh lahir dengan seorang sahabat Ahdhar daripada kelas Matematik. Namanya Mahpuzah. Mahpuzah orang Kelantan, muda dari Ahdhar setahun. Maknanya, Mahpuzah lahir pada 9 Julai 1987. Kawan baik Mahpuzah pula kawan baik Ahdhar. Nama pun sama dengan Ahdhar.
Insan yang dilahirkan pada bulan Julai ini sangat MISTERI terutamanya LELAKI. Jadi, Ahdhar ini MISTERI lah. MISTERI ke??? Berikut adalah perwatakan insan yang dilahirkan pada bulan Julai. Ini adalah hasil kajian Datuk Dr. Fadillah Kamsah, seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia pada masa kini.
.::Insan Julai::.
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tak marah bila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
* Bukan Ahdhar perasan kulit Ahdhar cerah, tapi kawan cakap. Ahdhar rasa biasa sahaja... Jangan lupa 'wish' hari lahir Ahdhar ya...

Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat memakbulkan doamu,
maka DIA ingin mengujimu,
Bila Allah tidak memakbulkan doamu,
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu,
sentiasalah bersangka baik pada Allah
dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang Allah itu
mendahului kemurkaanNya...
Oleh itu,
INGATLAH pesanan pendek ini,
KHABARKAN kepada semua orang tersayang di sekelilingmu,
Agar mereka dan kita sentiasa MENGINGATINYA...
Agar kita sentiasa bersyukur...
Agar kita tidak lagi leka...
Agar kita terus prihatin...